Thursday, June 29, 2006

Network Engineer aka jurutera rangkaian ;-D

Jurutera rangkaian atau network engineer merupakan salah satu cabang kerjaya dibidang teknologi maklumat. Bidang tugas Jurutera rangkaian ialah membuat lakaran dan menyelengara rangkaian LAN dan WAN di sesebuah organisasi. Ini termasuklah memilih atau mengesyorkan apakah jenis peralatan dan perisian yang patut digunakan bagi menepati kehendak sesuatu organisasi disamping memperbaiki peralatan dan sistem yang lama supaya menepati kehendak pelangan atau organisasi.

Tugas sebagai jurutera rangkaian termasuklah membuat analisis keperluan organisasi dan kemudian membuat lakaran, membangunkan dan membuat penyelengaraan kepada infrastruktur rangkaian tersebut bagi memenuhi keperluan perniagaan.
Siapakah Jurutera Rangkaian ?

Jurutera rangkaian ialah mereka yang mengendalikan kesemua urusan yang berkaitan dengan rangkaian. Diantaranya ialah membuat lakaran kepada rangkaian yang akan dibangunkan, kemudian membangunkan rangkaian yang telah dipersetujui oleh sesuatu organisasi dan akhirnya membuat penyelengaraan terhadap rangkaian yang telah dibangunkan. Penguasaan didalam memahami bagaimana kebolehan sistem operasi rangkaian, kelengkapan rangkaian dan protokol rangkaian adalah penting begitu juga kebolehan dalam memprogramkan skrip dan sejumlah fail.

Kekuatan dalaman juga penting, jurutera rangkaian mesti memahami keperluan rangkaian bukan hanya penguna malah organisasi luar dan berkemampuan mempromosi pengurusan syarikat sebagai mempunyai kelengkapan infrastruktur yang terbaik. Akhir sekali jurutera rangkaian mestilah berkebolehan merancang rangkaian, mengetahui pelbagai teknologi terkini dan mengetahui teknologi manakah yang berpotensi dan yang mana tidak. Selain itu jurutera rangkaian juga berkebolehan mendokumenkan semua keperluan rangkaian yang telah dibangunkan, berunding dengan penyelesaian teknikal yang disediakan dan membuat penyelesaian masalah serta mencari penyelesaian terbaik kepada masalah pekerja bawahan yang tidak dapat diselesaikan.

Bagaimana hendak menjadi Jurutera Rangkaian

Sesorang yang ingin menjadi jurutera rangkaian perlulah mengambil kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat didalam bahagian yang berkaitan rangkaian. Seseorang itu mestilah mendapatkan ijazah sarjana muda dan mempelajari perkara berkaitan dengan rangkaian seperti LAN, WAN, CCNA, CISCO dan sebagainya.

Sesorang yang menjadi jurutera rangkaian mempunyai gaji permulaan sebanyak RM1800 keatas. Jika mempunyai pengalaman yang lama dan luas gaji mereka boleh mencapai sehingga ratusan ribu.

Kelebihan menjadi Jurutera Rangkaian

Diantara kelebihan jurutera rangkaian ialah kebolehan mencipta sesuatu yang baru seperti telefon bimbit, talian baru seperti streamyx, dan sebagainya. Jurutera rangkaian juga dapat menjadi seorang yang mahir dalam rangkaian wireless dan teknologi keselamatan.
Peluang Pekerjaan

Peluang pekerjaan luas. Sesorang yang ingin menjadi jurutera rangkaian perlulah pandai berkomunikasi dan mencipta kerjaya. Di Malaysia, jurutera rangkaian tidak ramai kerana bidang ini masih baru. Jika di negara-negara maju, bidang ini sudah pun meluas. Peluang pekerjaan dibidang ini sangat banyak.

1 comment:

Anonymous said...

Sepanjang tahun ini, kami mencari seberapa banyak individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah sebagai Jurutaip Memproses Data Pengiklanan (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel) adstypist.com di Malaysia. Kami merupakan penyedia servis perkhidmatan pemprosesan data pengiklanan yang berkesan untuk menarik minat pelanggan dan telah beroperasi sejak sekian lama dalam industri ini. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kami mencari individu yang bertanggungjawab memproses data pengiklanan; pada masa dan dalam keselesaan rumah sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi ke
http://www.adstypist.com/


jawatan kosong